BUKU - BUKU TERBITAN HAWZAH FIKIR



Judul

Tafsir al-Mu'in (Pembantu Tadabbur al-Quran)

Pengarang

Syeikh Majd Makki

PenterjemahZulkifli Abdul Rahman
Jumlah halaman

200 halaman

Harga

RM40.00   RM36.00 (promosi hingga 10 Ogos 2025)

(tidak termasuk kos penghantaran)

Juzuk 30 atau Juzuk 'Amma mengumpulkan lebih 37 surah. Secara tidak langsung, hampir sebanyak sepertiga daripada 114 surah al-Quran terkandung dalam juzuk ini, justeru juzuk ini sangat penting. Juzuk ini juga terdiri daripada banyak surah Makkiah yang mengandungi prinsip-prinsip utama al-Quran. Antaranya ialah prinsip ketuhanan, akidah, akhlak, nilai keadilan, prinsip beragama dan lain-lain yang dapat memupuk seorang Muslim yang memahami juzuk 30 ini untuk memahami kerangka Islam yang sahih.

Penerbitan terjemahan tafsir ringkas karya al-Allamah Sheikh Majd Makki, seorang ulama dari Halab, Syria yang menetap di Qatar ini membuka peluang untuk masyarakat Malaysia mengambil manfaat yang besar daripadanya. Khusus bagi juzuk 30, tafsirnya yang ringkas begitu penting buat mereka yang ingin mengenal Islam secara tepat dan mudah. Mudah mudahan Allah SWT menerima amalan semua pihak yang terlibat dengan penerbitan buku ini serta para pembacanya agar ia menjadi bekalan pada hari kiamat kelak..”

Sahibus Samahah Ustaz Fauwaz Fadzil Noor, Mufti Wilayah Persekutuan




Judul

Dialog Politik Islam: Menelusuri Jalan Kesederhanaan

Pengarang

Marwan Bukhari A Hamid

(Kata Pengantar oleh YB Senator Dr Zulkifli Hasan)

Jumlah halaman

232 halaman

Harga

RM27.00

(tidak termasuk kos penghantaran)

"Dialog Politik Islam: Menelusuri Jalan Kesederhanaan" hadir sebagai jawapan kepada keperluan wacana yang seimbang dan moderat. Karya penulis muda prolifik Ustaz Marwan Bukhari A Hamid ini wajib dimiliki oleh para pengkaji politik Islam. Mengandungi 5 bab, menjawab 53 soalan politik Islam popular, antaranya ialah garis pemisah antara agama dan politik, pandangan Islam terhadap konsep kepartian dan lain - lain lagi.




Judul

Kaedah Maqasid Al-Syariah

(Terjemahan Kitab "Qawaid al-Maqasid")

PengarangSyeikh Dr Ahmad Al-Raysuni
Penterjemah
Ustaz Marwan Bukhari A. Hamid
Jumlah halaman

576 halaman

Kulit tebal

Kertas bermutu

Harga

RM72.00

(tidak termasuk kos penghantaran)

“Kebanyakan masalah dalam pengajian Maqasid al-Shari‘ah hari ini berlaku sama ada kerana tidak menguasai ilmu-ilmu Shari‘ah [dasar dan cabangnya serta ilmu naqli dan ‘aqli] ataupun kerana kejumudan, taklid dan taksub. Kaedah-kaedah ini berperanan untuk mengingatkan peminat Maqasid al-Shari‘ah bahawa bidang ini mempunyai garis panduan dan syarat yang mesti dipatuhi. Himpunan kaedah ini juga secara tidak langsung dapat menyedarkan golongan yang jumud bahawa bidang ini memiliki pelbagai sudut yang mesti ditempuhi.”

i“Ketika di peringkat awal penyuntingan buku ini, saya menyenaraikan lebih kurang 200 kaedah Maqasid dan mengkategorikannya menurut bab yang berkaitan dengannya. Setelah tempoh tertentu dalam proses meneliti, menyelidik dan mengulang fikir kesesuaian kaedah-kaedah itu untuk dimasukkan ke dalam buku ini, saya memutuskan untuk menyaring sebahagiannya … proses saringan terus berlangsung sehingga bilangan kaedah yang dimuktamadkan dalam buku ini ialah 80 kaedah.”

Syeikh Dr. Ahmad al-Raysuni


Siapa Syeikh Dr. Ahmad Al-Raysuni?


Prof. Dr. Ahmad al-Raysuni antara segelintir ulama yang menghimpunkan ilmu dengan amal, fiqh dengan dakwah, serta pemikiran dengan gerakan. Beliau salah seorang ulama terbilang yang menyumbangkan tenaga dalam bidang Maqasid al-Shari‘ah, menjadikannya bersinar dan menjawab kekeliruan para pengkaji dan penuntut ilmu tentangnya. Al-Raysuni memperbaharui bidang ini dengan mengikuti jejak dua orang Imam Maqasid al-Shari’ah dari Barat Dunia Islam, iaitu Imam al-Shatibi dari zaman klasik dan juga Imam Ibn ‘Ashur dari zaman moden.”

- Al-‘Allamah Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi rahimahullah



Judul

Bakti Kepada Ayah & Ibu

(Terjemahan Kitab Birr al-Walidayn Karangan Imam al-Bukhari)

PengarangImam al-Bukhari
Harga
RM25.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Buku ini merupakan terjemahan 75 hadith Nabi SAW tentang berbakti kepada ibu ayah, susunan Imam al-Bukhari yang terkenal sebagai Amir al-Mu'minin dalam bidang hadith.

Kenapa anda perlu memiliki buku ini?

  1. Disusun oleh Imam al-Bukhari, rujukan terbesar dalam bidang hadith.
  2. Diterjemahkan oleh penterjemah yang berpengalaman dan cukup meminati bidang hadith.
  3. Membantu anda menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapa berdasarkan pesanan Nabi Muhammad SAW.
  4. Jika anda seorang guru dan ustaz, anda boleh jadikan buku ini sebagai rujukan dan bahan untuk mendidik murid dan masyarakat agar berbakti kepada ibu bapa mereka.



Judul

Kit Pemula Ulum Hadith

PengarangMohd Nawawi bin Abdul
Mohamad Hilmi bin Marjunit
Harga
RM35.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Buku ini merupakan kompilasi bagi tiga karya asas dan utama lagi malar segar bagi bidang ‘Ulūm Ḥadīth.

1. Karya pertama; al-Manzhūmah al-Bayqūniyyah karya ‘Umar bin Muḥammad al-Bayqūnī ditulis dalam bentuk syair sebanyak 34 bait dengan tujuan untuk memudahkan para penuntut ilmu menghafalnya. Karya ini menyatakan sebanyak 34 istilah ḥadīth berserta definisi masing-masing.

2. Karya kedua; Nukhbah al-Fikar fī Muṣṭalaḥ Ahl al-Athar karya Amīr al-Mu’minīn fī al-Ḥadīth al-Ḥāfizh Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. Matan ilmu ini merupakan teks yang paling diterima para ulama kerana kandungannya ringkas dan padat mencakupi segenap aspek dalam bidang ini, justeru ia sesuai digunakan penuntut ilmu daripada setiap peringkat sama ada sebagai asas ataupun bahan ulang kaji.

3. Karya ketiga; Naṣīḥaḥ Ahl al-Ḥadīth karya al-Khaṭīb al-Baghdādī. Ia mengandungi nasihat buat para penuntut ilmu terutamanya dalam bidang ḥadīth ini sendiri. Selaku salah seorang tokoh utama dalam bidang ini, nasihat beliau pastinya kekal relevan kerana mengambil kira pengalaman dan cabaran yang ditempuhi beliau.

Antara keistimewaan untuk memiliki buku ini ialah:

  1. Boleh digunakan untuk daurah/bengkel tentang ulum hadith. Tiga matan penting dimampatkan dalam satu buku!
  2. Sesuai untuk mengulangkaji teks/matan sambil melihat terjemahannya pada bila-bila sahaja
  3. Untuk ahli akademik atau pengkaji bidang pengajian Islam terutamanya hadith dalam bahasa Melayu, buku ini cukup membantu anda untuk menterjemahkan istilah-istilah dengan pantas ketika melakukan kajian anda.



Judul

Risalah Buat Penuntut Ilmu

PengarangSyeikh Abdul Majid al-Ghouri
Harga
RM27.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Kitab ini mengandungi pesan - pesan tentang adab menuntut ilmu.

Mengapa anda perlu memiliki buku ini?
1. Membicarakan tentang panduan dan adab dalam menuntut ilmu berdasarkan pesan-pesan daripada al-Quran, Hadith dan rampai kata para ulama sepanjang zaman.
2. Merujuk banyak karya silam dan semasa dalam bab panduan dan adab menuntut ilmu. Dengan kebijaksanaan penulis, beliau menulis dan menyusun dengan cemerlang bab demi bab dan isi demi isi kandungannya!
3. Ditulis oleh salah seorang ulama yang lahir daripada salah satu institusi pengajian berwibawa dan terkenal, iaitu Nadwatul Ulama, Lucknow, India. Antara guru beliau ialah almarhum Maulana Abul Hasan al-Nadwi dan Almarhum Shaykh Nuruddin 'Itr.
4. Penulis berpengalaman luas mengajar dan sangat prolifik berkarya dalam bidang pengajian Islam khususnya hadith dan pemikiran. Oleh itu, buku ini ibarat refleksi usaha keilmuan dan pengalaman luas beliau. Sudah tentu ini karya yang sangat istimewa!
5. Buku ini mudah difahami dan sangat sesuai untuk dijadikan bahan bacaan peribadi atau bahan mengajar berkaitan topik adab menuntut ilmu.



Judul

Fiqh Mentaati Pemimpin

PengarangProf Dr. Ahmad Al-Raysuni
(Penterjemah: Luqman Tarmizi)
Harga
RM23.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Sesetengah pihak guna alasan ketaatan kepada pemimpin untuk menutup mulut pengkritik atau menghalalkan salah laku dan penindasannya. Ada juga yang ketika tidak memerintah sakan membangkang, tetapi ketika di tampuk pemerintahan pula mula cuba membisukan mulut rakyat dengan alasan ketaatan kepada pemimpin. Segala hadith berkaitan mula dipetik dan difahami secara literal tanpa menurut prinsip dan kaedah syarak.

Dalam masa sama, ada pula pihak yang kerjanya membangkang sahaja, seolah-olah tiada yang boleh ditaati, hinggakan vaksin yang melibatkan kesihatan awam juga dibangkang.

Persoalannya, bagaimanakah memahami dengan baik konsep taat pemimpin dalam wacana pemikiran politik Islam? Bagaimanakah memahami ayat al-Quran dan hadith berkaitan isu ini? Selain tanggungjawab rakyat untuk bersama-sama dengan agenda baik pemerintah, bagaimana pula dengan tanggungjawab pemerintah untuk berlaku adil dan rahmah?

Banyak lagi persoalan yang bermain di minda. Persoalan-persoalan itulah yang diberi perhatian oleh buku ini. Melalui karya ini, Prof Dr Ahmad al-Raisuni, salah seorang ulama terkemuka zaman ini, telah menjelaskan secara tuntas prinsip sebenar Islam dalam isu ketaatan dan bangkangan terhadap pemerintah, merungkai segala kekeliruan sekaligus memberi ancaman terhadap bahaya kediktatoran atas Islam.

Untuk siapa buku ini? Untuk pembaca bidang politik Islam, peminat wacana intelektual Islam secara umum, pelajar/pengajar bidang politik Islam, pemimpin dan aktivis politik, dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan kefahaman komprehensif tentang konsep taat dan bangkang dalam pemikiran politik Islam dalam buku yang tidak tebal dan senang untuk ditamatkan.

Tambahan penting, ini juga untuk anda yang sudah rimas dengan sesetengah agamawan atau orang politik yang suka menunggang dalil-dalil agama demi mendapat ketaatan secara percuma tanpa ditegur kesalahann atau dibangkang kezaliman dan salah urus.



Judul

Piawaian Tafwid

(Judul asal: Iljām al-ʿAwām ʿan ʿIlm al-Kalām)

PengarangImam Abu Hamid al-Ghazali
(Penterjemah: Mohamad Hilmi bin Marjunit)
Harga
RM30.00 (tidak termasuk kos penghantaran)


Piawaian Tafwīḍ atau Iljām al-ʿAwām ʿan ʿIlm al-Kalām karya Abū Ḥāmid al-Ghazālī ialah panduan untuk berpendirian terhadap nas mutashābihāt daripada al-Quran dan hadith menerusi 7 langkah. Selain itu, al-Ghazālī turut menyatakan bahawa mazhab yang benar berhubung pendirian terhadap nas mutashābihah ialah mazhab para Salaf. Dakwaan ini berpaksikan burhān ʿaqlī dan burhān samʿī.


Perbahasan yang turut dibicarakan adalah semisal pengertian dan pembahagian bidʿah, hikmah dan matlamat nas mutashābihah, tingkatan kewujudan, tingkatan pembenaran (taṣdīq) dan hukum bertaqlid dalam aqidah. Jika diteliti secara mendalam, karya ini ibarat perincian lanjut bagi sebilangan perbahasan yang dinyatakan oleh al-Ghazālī dalam al-Iqtiṣād fī al-Iʿtiqād, Qānūn al-Ta’wīl dan Fayṣal al-Tafriqah.



Judul

Perumpamaan & Perbandingan Dalam al-Quran

(Judul asal: al-Amthal fi al-Quran)

PengarangImam Ibn Al-Qayyim
(Penterjemah: Marwan Bukhari A. Hamid)
Harga
RM26.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Selain mengandungi ayat-ayat mengenai Tuhan, Hari Akhirat, hukum-hakam dan kisah golongan terdahulu, al-Quran juga mengandungi pelbagai ayat berkaitan perumpamaan dan perbandingan. Perumpamaan dan perbandingan, ataupun disebut sebagai al-amthal diturunkan untuk memudahkan kefahaman manusia terhadap pelbagai isu yang diangkat oleh al-Quran kepada manusia.

Ini merupakan salah satu  keistimewaan al-Quran yang mengandungi pelbagai uslub dalam berbicara kepada manusia agar mereka mengerti mesej dan pengajaran, serta mengamalkannya dalam kehidupan. Banyak kebijaksanaan, rahsia dan keindahan yang terkandung dalam ayat-ayat al-Quran perihal perbandingan dan perumpamaan diperoleh menerusi tadabbur dan tafsir oleh Ibn al-Qayyim ini. Mudah-mudahan, buku ini membantu kita untuk termasuk dalam kalangan orang yang dipuji Allah dalam Surah Al-'Ankabut: 43 "Misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang yang berilmu yang dapat memahaminya."




Judul

Kehujahan dan Sejarah Pembukuan Hadith: Sorotan 14 Abad

PengarangSyeikh Syed Abdul Majid al-Ghouri
(Penterjemah: Lokman Nul Hakim bin Sahari & Wan Mohamad Mukmin bin Wan Mahadi)
Harga
RM36.00 (tidak termasuk kos penghantaran)
Buku ini sangat sesuai untuk dijadikan rujukan permulaan bagi mereka yag ingin berkenalan dengan lapangan ilmu hadith.
Pengarang telah meringkaskan pebagai perbahasan yang rumit dan mempersembahkan idea - idea utama ilmu hadith yang lain, aspek kehujahan sunnah dianggap mempunyai perkaitan rapat dengan soal penulisan dan pembukuan hadith. Pengarang telah membincangkan hal ini dengan mengumpulkan hujah - hujah klasik dan menonjolkan sebahagian sejarah pembukuan. Kelebihan buku ini ialah penambahan berkenaan tokoh - tokoh hadith yang utama dan masyhur dari pelbagai wilayah muslim, dan ia merentasi pelbagai era sehingga masakini.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di hawzahbooks@gmail.com



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Perumpamaan & Perbandingan Dalam al-Quran
Bakti Kepada Ayah & Ibu (Terjemahan Kitab Birr al-Walidayn Karangan Imam al-Bukhari)
Fiqh Mentaati Pemimpin
Kit Pemula Ulum Hadith
Piawaian Tafwid
Kehujahan dan Sejarah Pembukuan Hadith: Sorotan 14 Abad
Risalah Buat Penuntut Ilmu
Kaedah Maqasid
Dialog Politik Islam
Tafsir al-Mu'in
JUMLAH

Kos Penghantaran

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN